Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAPutera Mateen Sah Jadi Suami Dayang Anisha, Ramai Patah Hati

Putera Mateen Sah Jadi Suami Dayang Anisha, Ramai Patah Hati

PETALING JAYA – Hari penyatuan dua hati di antara Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja hari ini ternyata memberi kegembiraan kepada seluruh rakyat Brunei.

Berdasarkan Kosmo, majlis yang diadakan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan itu berlangsung dengan penuh istiadat Brunei dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.

Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah selesai dengan sempurna.

Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata peminat anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu kecewa dan sedih apabila ‘kekasih’ mereka sudah menjadi suami orang.

Selain itu, nama pasangan Diraja Brunei tersebut menjadi sohor (trending) di laman X sejak pagi tadi dan pelbagai luahan kekecewaan dikongsikan pengguna media sosial.

“Saya mulakan tahun 2024 dengan berpatah hati, oh tidak! Kekasih sudah jadi suami orang. Semoga kekal bahagian Putera Mateen,” luah seorang pengguna X.

“Permulaan yang kurang baik untuk tahun 2024, sedihnya jiwa ini hanya Tuhan yang tahu. Bergembira dalam tangisan,” ciap pengguna lain.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES