Friday, January 24, 2025
HomeBERITAPutera Mateen, Dayang Anisha Terima Tanda Diraja Dan Pertunangan Diraja

Putera Mateen, Dayang Anisha Terima Tanda Diraja Dan Pertunangan Diraja

PETALING JAYA – Pasangan Diraja Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi mengikat tali pertunangan hari ini.

Ia diadakan ketika berlangsungnya Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Menerusi laman TikTok @annur.gardenia, dia berkongsi beberapa klip video memaparkan suasana sekitar majlis istiadat tersebut.

Berdasarkan Kosmo, dalam majlis itu juga, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki sambil membawa cenderahati mengikut adat dan tradisi Diraja Brunei.

Turut berkenan berangkat ke istiadat tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik Sultan Hassanal Bolkiah.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dijadualkan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Bagi acara kemuncak, Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari dan seterusnya pasangan itu bakal menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Menurut Kosmo, majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari ini diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada keesokan harinya.

Dalam pada itu, sejak kelmarin lagi, istiadat perkahwinan pasangan diraja tersebut ‘trending’ di media sosial dan rata-rata rakyat Brunei dan Malaysia dilihat tidak sabar menantikan Putera Mateen bersama Dayang Anisha disatukan sebagai suami isteri.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES