Putera Mateen, Dayang Anisha Kini Sah Menjadi Suami Isteri

0
66

PETALING JAYA – Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah kini secara rasmi menjadi suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang berlangsung di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien sebentar tadi.

Selesai sahaja akad nikah, istiadat disusuli dengan 17 das tembakan meriam yang dilepaskan di pekarangan masjid.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dijadualkan berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Acara puncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Pasangan diraja itu kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan., manakala majlis resepsi pula dijadual diadakan pada malam 15 Januari .

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here