Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANPukul OKU: Fattah Amin Persoal Tindakan Kejam Manusia

Pukul OKU: Fattah Amin Persoal Tindakan Kejam Manusia

PETALING JAYA – Terkesan dengan isu seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu, pelakon Fattah Amin menganggap tindakan individu terlibat sebagai kejam.

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, mempersoalkan bagaimana seseorang manusia yang diberikan akal dan normal boleh bertindak memukul lelaki OKU.

“Ya Allah, kenapalah sekejam diperlakukan sesama manusia,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Dalam perkongsian sama, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu berkongsi video temu bual isteri mangsa.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki OKU dipukul dan disepak beberapa individu dipercayai peniaga serta pelanggan Pasar Tani Padang Astaka Chukai disebabkan tidak puas hati selepas motosikal ditunggangi mangsa terlanggar sebuah gerai.

Rentetan itu, enam lelaki berusia dalam lingkungan antara 18 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes yang mendapat perhatian ramai tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES