Pukul Adik Kandung, Penganggur Dipenjara Lima Bulan

0
72
Foto: Siakap Keli

REMBAU: Penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Rembau di sini, hari ini, selepas mengaku salah memukul adik kandungnya.

Tertuduh Firdaus Mohamad Khalil, 36 dari Kota mengaku salah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas adik kandungnya Syahidah, 33 dengan cara menumbuk bahagian belakang kepala menggunakan tangan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada jam lebih kurang 6.30 petang 23 Mac lalu di sebuah rumah di Kota.

Oleh yang demikian tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan

Hukuman penjara tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 24 Mac lalu.

Mengikut fakta kes tertuduh menumbuk bahagian belakang kepala adiknya itu sebanyak dua kali di ruang dapur disebuah rumah di Kota.

Tertuduh memukul adiknya itu disebabkan benci berikutan sudah lebih kurang tiga tahun tidak bercakap dengan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here