Tuesday, February 18, 2025
HomeSUKANPSG Sedia Tawar Gaji RM2.3 Juta Seminggu Kepada Salah

PSG Sedia Tawar Gaji RM2.3 Juta Seminggu Kepada Salah

PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan mahu menandatangani Mohamed Salah secara percuma pada musim panas depan dan menawarkan gaji yang lebih tinggi daripada Liverpool.

Kontrak Salah di Anfield akan tamat pada musim panas dan setakat ini Liverpool masih belum dapat memuktamadkan terma kontrak baharu dengan pemain Mesir itu.

Salah juga kini boleh mengadakan perbincangan rasmi dengan kelab bukan Inggeris dan juga boleh menandatangani perjanjian pra-kontrak walaupun tanpa persetujuan The Reds.

Walaupun Arab Saudi telah lama dilihat sebagai destinasi berkemungkinan untuk pemain berusia 32 tahun itu, PSG kini berusaha untuk membawanya ke Paris.

PSG telah menawarkan Salah kontrak tiga tahun dengan gaji €500,000 (RM2.3 juta) seminggu, menurut wartawan Perancis Romain Collet Gaudin.

Liverpool pula dilaporkan hanya menawarkan Salah kontrak dua tahun dan gaji €400,000 (RM1.8 juta) seminggu.

Dengan tawaran PSG yang lebih baik dari segi tahap gaji dan tempoh kontrak, Salah mungkin akan berfikir panjang mengenai masa depannya.

Menyertai gergasi Perancis itu akan mengekalkannya di Eropah dan memberinya peluang untuk terus bermain dalam Liga Juara-Juara.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

702 Pesawah Perak Terima Bantuan Bencana RM813,081

0
BAGAN SERAI – Sebanyak RM813,081 telah diperuntukkan menerusi Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) untuk membantu 702 pesawah di Perak yang terkesan akibat kemarau dan...

CATEGORIES