Friday, February 7, 2025
HomeLUAR NEGARAPrototaip Land Rover Paling Ringan Dibina Oleh Artis Jepun

Prototaip Land Rover Paling Ringan Dibina Oleh Artis Jepun

TOKYO: Syarikat pengeluar kenderaan Land Rover baru-baru ini bekerjasama dengan artis Jepun, Masumi Yamaguchi untuk meraikan kepulangan model kenderaan utiliti sukan (SUV) ikonik ke pasaran dengan cara yang unik.

Sebuah prototaip model Land Rover saiz sebenar dicipta oleh Masumi, dikatakan merupakan yang paling ringan pernah dibina.

Lapor Oddity Central, prototaip yang dibina itu merupakan model 1:1 Land Rover 70 dan ia amat ringan sehingga boleh diangkat secara mudah oleh dua individu.

“SUV istimewa ini sebenarnya diperbuat daripada beberapa bahagian styrofoam yang diukir dan dipasang oleh Masumi.

“Hampir semua bahagian SUV dari badan hingga tayar diperbuat daripada styrofoam dan kemudian dicat untuk menghasilkan ilusi kenderaan sebenar.

“Satu-satunya perkara memberi ilusi sebenar adalah tingkap tanpa refleksi dan cat matte yang luar biasa,” jelas laporan.

Menurut laporan, segala bahagian prototaip hingga ke butiran paling kecil termasuk benang digunakan pada tayar, direplikasi hampir sempurna.

“Bentuk ikonik hud Land Rover 70, lampu depan LED dan lambang Toyota dicipta semula menggunakan styrofoam.

“Ia dihasilkan demikian sehingga kebanyakan orang tersalah anggap model itu sebagai SUV sebenar.

“Masumi merupakan pengukir styrofoam berjaya dan prototaip Land Rover 70 ini sudah pastinya merupakan salah satu projek paling mengagumkan,” jelas laporan.

Sumber: Utusan Malaysia

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Gurauan Berlebihan Boleh Buat Orang Tak Selesa’

0
BUKAN sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat. Pelakon Scha Alyahya antara...

CATEGORIES