KUALA LUMPUR – Proton hari ini melancarkan model sedan terbaharu iaitu S70 pada harga RM73,800.
Berdasarkan Kosmo, model terbaharu itu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Axiata Arena Bukit Jalil di sini.
S70 akan menggunakan enjin 1.5 liter turbo dan transmisi tujuh kelajuan automatik DCT.
Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS pada 5,500 rpm dan tork tertinggi 226 pada 1,750 hingga 4,000 rpm.
Tujuh warna ditawarkan sebagai pilihan termasuk Quartz Black (hitam) ditawarkan ekslusif hanya untuk Flagship X.
Sumber: Kosmo