Promosikan Produk Berkait Dengan Israel, Dini Terus Tutup Komen

0
56
Foto: HibGlam

PETALING JAYA – Dikecam netizen kerana mempromosi jenama minuman yang dikaitkan dengan rejim Zionis, pelakon Dini Schatzmann bertindak menutup ruangan komen media sosialnya.

Rata-rata peminat menyifatkan suami kepada aktres Janna Nick itu tidak sensitif apabila masih mahu mempromosikan produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.

“Minuman kegemaran sepanjang masa yang melengkapkan setiap hidangan dan membuatkan semuanya sempurna,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Pelbagai respons kemarahan dapat dilihat dalam ruangan komen termasuk ugutan segelintir pengikut yang mahu memboikot kerjaya seni pemilik nama sebenar Dini Azan Schatzmann, 29, itu.

“Minum darah Palestin, boikot,” tulis seorang netizen.

“Tidak sensitif langsung,” kata seorang pemilik akaun lain.

Barangkali enggan perkara tersebut menjadi isu berpanjangan, Dini kemudian mengambil langkah menutup ruangan komen.

Konflik berdarah Palestin-Israel yang mengorbankan ribuan nyawa penduduk Gaza serta mengakibatkan penderitaan rakyat Palestin menjadi perhatian dunia.

Malah ramai selebriti tempatan menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin dengan berkongsi pelbagai hantaran di laman sosial selain mengutuk Zionis seperti jutaan masyarakat global lain.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here