KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyediakan 1,000 topi keledar kepada pengunjung Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.
Menurut jurucakap JPJ, sepanjang program itu berlangsung sehingga Ahad ini, sebanyak 3,000 topi keledar akan diberikan percuma.
Bagaimanapun katanya, pengunjung perlu menukar topi lama mereka bagi mendapatkan topi percuma yang disediakan jabatan itu.
“Setiap hari kita sediakan 1,000 topi keledar dan sepanjang tiga hari program ini berlangsung, sebanyak 3,000 topi keledar akan diberikan.
“Setakat pukul 11 pagi tadi kira-kira 900 orang pengunjung telah mendapatkan angka giliran untuk menebus topi keledar percuma,”katanya kepada Kosmo!
Sumber: Kosmo