Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAProgram Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) ke-4

Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) ke-4

Saya telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles di Commonwealth Parliament Offices, Melbourne hari ini.

Pertemuan tersebut disusuli Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi (HLC) bagi Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) ke-4 yang dipengerusikan secara bersama oleh saya dan beliau. Terdapat beberapa perkara utama yang telah dibincangkan dalam Mesyuarat tersebut.

Pertama, berkenaan hubungan pertahanan sedia ada. Antaranya, melalui Operasi Gateaway, eksesais-eksesais seperti HARINGAROO dan Keris Strike, Five Power Defence Arrangements (FPDA) serta MAJDP sendiri. Kedua-dua buah negara menghargai sumbangan masing-masing dalam konteks pengukuhan kerjasama sedia ada.

Kedua, berkenaan kerjasama akan datang. Misalnya dalam pembangunan doktrin pertahanan, kerjasama dalam keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI). Kedua-dua buah negara turut membincangkan soal pembangunan ketumbukan siber yang dilihat penting kini.

Ketiga, berkenaan isu dan perkembangan geopolitik serta pertahanan di ASEAN dan seluruh dunia. Lebih-lebih lagi Malaysia sedang memuktamadkan persiapan sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Australia mengiktiraf peranan yang dimainkan Malaysia dalam memeta ASEAN yang dilihat berfungsi dengan cukup baik dan negara tersebut akan sentiasa memberikan perhatian terhadapnya.

Kedua-dua buah negara akan memastikan rancangan kerjasama khususnya dalam pelan 5 tahun ke hadapan diperkemas agar lebih berstruktur dan teratur, termasuklah dalam soal meningkatkan keupayaan domain maritim serta pembangunan kapasiti pertahanan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

EPL: Marmoush Mula Tunjuk Impak Hebat

0
MANCHESTER – Kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad malam kelmarin menyaksikan Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga...

CATEGORIES