Sunday, January 26, 2025
HomeBERITAProgram Jiwa Murni Perkukuh Hubungan Tentera Dan Masyarakat Melalui Inisiatif Sosial

Program Jiwa Murni Perkukuh Hubungan Tentera Dan Masyarakat Melalui Inisiatif Sosial

Program Jiwa Murni adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) untuk membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam kalangan asnaf dan veteran.

Program ini merupakan sebahagian daripada kerjasama awam-tentera yang dikenali sebagai Civil Military Cooperation (CIMIC), yang bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara tentera dan masyarakat serta memberikan bantuan semasa bencana dan musibah.

Kerja-kerja baik pulih bumbung Dewan Serbaguna Orang Ramai B11, Jalan Puchong, Kampung Petaling Bahagia oleh anggota ATM melalui Program Jiwa Murni

Baru-baru ini, kami berpeluang menyaksikan penglibatan anggota ATM dalam memperbaiki kemudahan awam Dewan Serbaguna Orang Ramai di B11, Jalan Puchong, Kampung Petaling Bahagia yang bersambung dengan Masjid Abdul Rahman Bin Auf dimana dewan tersebut berfungsi sebagai pusat komuniti. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dan memastikan kemudahan tersebut dapat digunakan dengan baik oleh penduduk.

Menurut penyelia tapak projek, Staf Sarjan Mohd Yahya bin Mohd Yatim dari Pasukan 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera DiRaja, masalah besar yang dihadapi Dewan Serbaguna Orang Ramai B11 adalah struktur bumbung lama yang sudah berkarat, struktur tandas yang kurang sesuai untuk kegunaan orang ramai dan penambahbaikan pintu pagar untuk masuk kekawasan dewan.

Penyelia Tapak Projek Dewan Serbaguna Orang Ramai B11, Jalan Puchong, Kampung Petaling Bahagia, Staf Sarjan Mohd Yahya bin Mohd Yatim dari Pasukan 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera DiRaja

“Selain dari proses penambahbaikan besar, pihak kami juga telah melakukan kerja-kerja mengecat semula dan juga memasang pendawaian elektrik yang baharu. Untuk projek baik pulih disini, 10 orang anggota terlibat termasuk diri saya sendiri.” ujar Mohd Yahya.

Menurut Mohd Yahya tempoh pelaksanaan yang diberikan untuk kerja baik pulih ini adalah dua minggu, walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, dan kawasan projek yang sentiasa sibuk kerana kepadatan penduduk yang tinggi ia dapat disempurnakan seperti yang dirancang. Kos baik pulih dewan ini dianggarkan sekitar RM26,000.

“Kami mendapat kerjasama baik dari masyarakat sekitar sepanjang menjalankan tugas baik pulih dewan ini dan ada diantara orang awam agak terkejut bila mendapat tahu yang pihak ATM juga ada melakukan kerja-kerja baik pulih seperti Program Jiwa Murni ini dimana dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak ATM dan orang awam.”

(Dari kiri) Naqib dan Imam Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Zulkifli bin Mohamad dan Pengerusi Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Nazir bin Mohamad

Manakala bagi Pengerusi Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Nazir bin Mohamad amat bersyukur kerana pihak ATM telah memilih Dewan Serbaguna Orang Ramai Masjid Abdul Rahman Bin Auf untuk dibaik pulih kerana dewan ini telah berada dalam keadaan uzur yang agak lama.

Sebelum ini dewan ini banyak digunakan oleh majlis rukun tetangga, persatuan penduduk dan ramai lagi untuk menjalankan mesyuarat atau aktiviti setempat. Tetapi atas masalah keuzuran dewan ini banyak aktiviti yang hendak dijalankan terganggu.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak ATM dimana kerja baik pulih ini telah memberi satu perubahan yang besar kepada dewan ini dan semoga dewan ini dapat memberi menafaat yang lebih kepada penduduk setempat selepas ini.” kata Nazir lagi.

Staf Sarjan Mohd Yahya bin Mohd Yatim sedang menerangkan tentang kerja baik pulih pendawaian elektrik baharu yang telah sempurna kepada Nazir bin Mohamad

Bagi Naqib dan Imam Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Zulkifli bin Mohamad pula menzahirkan rasa syukur atas kerjasama kemasyarakatan yang diberikan oleh pihak ATM dan Kementerian Pertahanan dalam menyelesaikan masalah dewan uzur yang dihadapi oleh pihak masjid dan berharap hubungan antara pihak masjid dan ATM yang terjalin ini akan berterusan selepas ini.

“Sebelum ini saya ingat tugas askar hanya mempertahankan negara sahaja, rupanya kerja kepakaran seperti membina rumah, menjaga kesihatan dan sebagainya saya baru dapat tahu sejak kebelakangan ini. Kita pun tak sangka kepakaran yang ada pada ATM ini sungguh banyak dalam membantu masyarakat menyelesaikan masalah.” kata Zulkifli lagi.

Staf Sarjan Mohd Yahya bin Mohd Yatim sedang menerangkan tentang naik taraf pintu pagar baharu yang lebih luas berbanding dahulu kepada Nazir bin Mohamad

Dengan pelaksanaan Program Jiwa Murni, ATM berusaha memastikan bahawa mereka yang kurang bernasib baik tidak terpinggir dan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Ini adalah langkah penting dalam memperkukuhkan tanggungjawab sosial tentera kepada masyarakat.

Secara keseluruhannya, Program Jiwa Murni bukan sahaja memberi bantuan fizikal tetapi juga membina semangat setia kawan dalam kalangan masyarakat dan tentera. Inisiatif ini menunjukkan komitmen ATM dalam menjaga kebajikan rakyat serta memperkukuhkan kerjasama antara institusi awam dan tentera demi kesejahteraan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES