PRK KKB: 24 Peratus Keluar Mengundi Awal Setakat 9 Pagi

0
111
Foto: Berita Harian

HULU SELANGOR: Sebanyak 24 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, setakat jam 9 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui akaun Facebook agensi itu.

Hari ini, seramai 863 pengundi awal dijadualkan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu yang baharu.

Daripada jumlah itu, 625 adalah anggota polis dan 238 tentera serta pasangan masing-masing yang berdaftar dengan SPR.

Pada PRK kali ini, proses pengundian awal ditetapkan berlangsung di dua pusat, iaitu Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infrantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, dengan tiga tempat mengundi atau saluran awal.

Kedua-dua pusat mengundi berkenaan dibuka mulai jam 8 pagi sebelum ditutup pada jam 5 petang.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here