Monday, December 2, 2024
HomeBERITAPolis Tumpaskan Sindiket Heroin dan Ganja di Perak

Polis Tumpaskan Sindiket Heroin dan Ganja di Perak

IPOH – Polis berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah jenis heroin dan ganja di negeri ini yang baharu tiga bulan aktif, susulan tangkapan terhadap tiga lelaki termasuk dalang utama kegiatan itu baru-baru ini.

Tangkapan terhadap kesemua suspek itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak pada 30 Oktober dan 8 November lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, dengan dipandu arah suspek pertama berusia 41 tahun, pasukan polis telah dibawa ke sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan dadah di Jalan St John di sini, Khamis lalu.

Katanya, serbuan tersebut membawa kepada penemuan 42 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 18,922 gram serta dua ketulan mampat daun-daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat 961 gram.

“Ekoran penahanan ke atas suspek pertama, kita telah membuat tangkapan susulan ke atas dua lelaki berusia 33 dan 45 tahun masing-masing di tepi Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan di sebuah rumah di Taman Mas.

“Tangkapan terhadap kedua-dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah itu dibuat pada Jumaat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek berusia 41 tahun yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu dibayar upah sebanyak RM2,000 untuk menjaga rumah yang dijadikan sebagai stor simpanan dadah.

Beliau berkata, rakan subahat lelaki itu yang berusia 45 tahun pula dibayar upah oleh dalang utama iaitu lelaki berusia 33 tahun sebanyak RM200 bagi setiap aktiviti jualan dadah.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES