Polis Terpaksa Berfikir Luar Kotak, Selamatkan Budak Dalam ‘Claw Machine’

0
187

Canberra: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa diselamatkan daripada claw machine

oleh polis Australia, selepas dia masuk ke dalamnya untuk mencari hadiah.

The Straits Times melaporkan, video dimuat naik oleh Polis Queensland di Facebook (FB) pada 1 Februari lalu menunjukkan kanak-kanak bernama Ethan itu tersengih ketika di dalam mesin permainan patung Hello Kitty itu, ketika empat pegawai terpaksa berfikir di luar kotak untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

“Dia tidak tergesa-gesa untuk keluar,” kata polis kepada media Australia.

Ethan ke sebuah pusat beli-belah Queensland bersama keluarganya pada 27 Januari lalu apabila merangkak ke dalam mesin itu melalui ruang dispenser hadiah.

Bapa Ethan, Timothy Hopper memberitahu The Guardian bahawa dia berpaling seketika sewaktu membeli-belah barangan runcit, dan terkejut betapa cepatnya anaknya masuk ke dalam mesin berkenaan.

Hopper berkata, dia menghubungi syarikat claw machine itu yang kemudian bingung dengan kejadian berkenaan.

“Mereka bertanya kepada saya, ‘Berapa banyak wang yang sudah saya masukkan ke dalam mesin? Adakah wang tersangkut dalam mesin?’ Jawapan saya adalah, ‘satu-satunya perkara yang tersangkut dalam mesin adalah anak saya, saya ingin dia kembali’,” katanya.

Video penyelamatan menunjukkan kanak-kanak kecil itu dipujuk untuk bergerak ke tepi petak kaca, dan diminta menutup matanya.

“Polis memastikan Ethan berada pada jarak selamat sebelum memecahkan tingkap kaca mesin itu untuk membebaskannya,” kata polis Queensland kepada AFP.

Selepas kanak-kanak lelaki itu diangkat keluar dan kembali kepada ibu bapanya, seorang pegawai secara berseloroh berkata: “Kamu menang hadiah, yang manakah kamu mahu?”

Kejadian sama pernah dilaporkan di Australia pada 2018.

Sumber:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here