Saturday, February 15, 2025
HomeBERITAPolis Tahan Lelaki Tampar Petugas JKNPP Ambil Sampel Jentik-Jentik

Polis Tahan Lelaki Tampar Petugas JKNPP Ambil Sampel Jentik-Jentik

GEORGE TOWN, 24 Oktober- Seorang lelaki ditahan gara-gara menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika petugas JKNPP itu sedang membuat pemeriksaan nyamuk aedes di kawasan perumahan terbabit.

“Menurut petugas tersebut, suspek secara tiba-tiba datang dan terus menamparnya pada bahagian muka beberapa kali sehingga mengalami luka kecil pada bahagian dahi, semasa dia sedang mengambil sampel jentik-jentik di kediaman suspek.

“Susulan kejadian tersebut, petugas JKNPP itu membuat laporan polis dan bertindak daripada laporan itu, kami menahan lelaki berumur 44 tahun itu di rumahnya semalam.

“Lelaki tersebut turut tidak memberi kerjasama malah menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa insiden itu,” katanya.

Suspek kemudiannya direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun keseksaan.

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Harga Lantai Belian Padi RM1,500 Tambah Pendapatan Pesawah

0
ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menyambut baik penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa...

CATEGORIES