Polis Nafi Escort ‘Mak cik Kemboja’

0
54
Foto: Kosmo

JOHOR BAHRU, 27 November- Polis Johor tampil menafikan dakwaan bahawa kenderaan pengiring polis digunakan untuk mengiringi seorang pemilik kilang keluar dari kawasan premisnya di Skudai, pada Sabtu.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat menerusi satu kenyataan berkata sebaliknya, polis hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan.

“Polis Kontinjen Johor menafikan video tular dalam laman sosial TikTok dengan menggunakan nama akaun @ziela85 berkaitan pihak polis memberi kebenaran menggunakan kenderaan pengiring polis untuk eskot pemilik sebuah kilang di Skudai keluar dari kawasan kilangnya.

“Hasil semakan mendapati, kira-kira 12.30 tengah hari semalam telah berlaku kekecohan di hadapan kilang tersebut melibatkan beberapa individu.

“Kehadiran polis di situ adalah untuk mengawal kekecohan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebar berita tidak sahih kerana boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.

“Pihak polis menggesa orang awam atau saksi tampil membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

“Tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi,”katanya dalam kenyataan tersebut.

Orang awam atau saksi, katanya diminta tampil membuat laporan sekiranya mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular beberapa video menerusi TikTok memaparkan seorang individu mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi pemilik kilang yang juga wanita didakwa berasal dari Kemboja itu meninggalkan kilangnya ketika kekecohan berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here