Polis Mohon Bantuan Kesan Muhammad Daniel

0
42
Foto: Siakap Keli

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin menerusi satu kenyataan berkata remaja itu, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 12.30 tengah malam, semalam.

“Polis menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada 1.21 tengah hari, Khamis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999,”katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here