Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAWaris Juani Wasi Diminta Tampil

Waris Juani Wasi Diminta Tampil

KOTA KINABALU – Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui di tapak lama perkhemahan Pantai 2, Tanjung Aru pada Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, ia berikutan hasil pemeriksaan mendapti tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Selain itu, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa. Pemeriksaan polis juga mendapati tidak ada sebarang kesan pergelutan atau tanda-tanda jenayah berlaku.

“Bagaimanapun, hasil semakan padanan cap jari didapati mangsa bernama Juani Wasi dengan nombor Kad Pengenalan 840831125851,” katanya dalam kenyataan media Kosmo hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom meminta kerjasama orang ramai yang mengenali penama untuk menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Sarjan Mohd Sukur Mahmud di talian 019-5637151.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Jemput Profesor Pro-Israel, UM Diminta Perjelas Serta Merta !

0
Kuala Lumpur: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) meminta penjelasan pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan membenarkan profesor dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley sebagai penceramah...

CATEGORIES