Polis Ditegur Badan Terlalu Kurus, Janji Akan Berisi Dalam Dua Bulan

0
89

JAKARTA  – Seorang anggota polis ditegur oleh pegawai atasan  kerana badannya terlalu kurus dan dia diarah minum susu untuk menaikkan berat badan, lapor portal berita Tribun Jabar hari ini.

Dalam satu rakaman video di media sosial, anggota polis itu yang berada di sebuah kawasan di minta menghampiri rakan-rakan setugas yang lain.

Dia kemudian ditegur kerana sudah beberapa minggu berat badannya masih belum bertambah.

“Kau sudah minum susu atau belum? tanya seorang pegawai polis.

Dia kemudian ditanya pegawai atasan tersebut berapa lama yang diperlukan untuk dia menaikkan berat badan.

“Kau janji berapa minggu akan gemuk,” soal pegawai tersebut.

Anggota polis itu kemudian berjanji untuk menaikkan berat badannya dalam tempoh dua bulan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here