Polis Cari ‘Datuk Seri’ Tipu Pelabur RM20 Bilion

0
54
Foto: Berita Harian

PETALING JAYA: Polis telah melengkapkan kertas siasatan dan kini sedang mencari suspek utama iaitu seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang menipu pelabur berkaitan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan dengan nilai pelaburan RM20 bilion.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya sedang mengesan suspek utama yang menghilangkan diri.

Menurutnya, maklumat suspek sudah diberikan kepada pasukan operasi untuk mengesan seterusnya menahan suspek.

“Pembabitan seorang pensyarah wanita pula dalam kes ini akan diketahui selepas suspek utama ditahan.

“Kertas siasatan seterusnya akan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya selepas suspek ditahan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mendakwa dirinya pernah menetap di Denmark selama 20 tahun dan berkelulusan doktor falsafah (Phd) di sebuah universiti di negara terbabit serta mempunyai rakan kerjasama dengan sebuah syarikat peneraju teknologi hijau di Denmark.

Itu helah seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang mendakwa syarikatnya mempunyai kepakaran dalam pembangunan projek teknologi hijau, biodiesel, teknologi nano dan sektor pembinaan untuk menarik pelabur dengan menjanjikan pulangan lumayan.

Malah, bagi meyakinkan mangsa, dia bersama beberapa rakannya menubuhkan beberapa syarikat berasingan selain melantik seorang pensyarah kanan wanita dari universiti awam (UA) berusia 40-an yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu sebagai penasihat syarikat serta mencari orang ramai yang ingin melabur dalam projek pembangunan bandar teknologi hijau di Raub, Pahang dan KXP Kulim, Kedah.

Bagi meyakinkan pelabur, lelaki itu bersama rakan kongsinya termasuk pensyarah terbabit akan membentangkan kertas kerja berkaitan projek terbabit yang dianggarkan bernilai RM20 bilion.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here