Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAPolis Britain Pertahankan Laungan 'Jihad'

Polis Britain Pertahankan Laungan ‘Jihad’

LONDON – Ketua Polis Metropolitan Britain, Mark Rowley mempertahankan tindakan polis  tidak membuat tangkapan selepas laungan ‘jihad’ bergema dalam protes anti-Israel di London, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Menurut Rowley, pihaknya tidak boleh memaksa ‘kesopanan’  selain turut mencadangkan bahawa sekiranya ahli-ahli politik mahu tindakan lebih tegas diambil, mereka perlu mengubah undang-undang sedia ada.

Isu tersebut mendapat perhatian selepas perhimpunan yang dianjurkan Sabtu lalu oleh kumpulan Islam Hizbut Tahrir, menyaksikan peserta melaungkan ‘jihad.’

Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman bertemu Rowley semalam untuk mendapatkan penjelasan beliau  mengapa tiada tangkapan dibuat dalam insiden tersebut.

“Saya menjelaskan tentang bagaimana polis benar-benar bertindak tegas dalam menangani sesiapa sahaja yang melanggar garis undang-undang.

“Kami bertanggungjawab kepada undang-undang dan boleh menguatkuasakan undang-undang, namun tidak boleh memaksa kesopanan,” kata Rowley.

Pada 10 Oktober lalu iaitu beberapa hari selepas konflik di Palestin bermula, Braverman mengeluarkan amaran kepada ketua-ketua jabatan polis berhubung pengibaran bendera Palestin di jalan-jalan di Britain.

Beliau menyatakan bahawa perbuatan  mengibarkan bendera Palestin salah di sisi undang-undang jika ia dilihat sebagai menunjukkan sokongan kepada ‘keganasan’.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lapan Jenazah Tragedi Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

0
KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut...

CATEGORIES