Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAPolis Beli Makanan, Minuman Untuk Tahanan Dalam Van Sebelum Dihantar Ke Penjara

Polis Beli Makanan, Minuman Untuk Tahanan Dalam Van Sebelum Dihantar Ke Penjara

JAKARTA – Seorang anggota polis dirakam membeli makanan dan minuman di sebuah pasar mini untuk beberapa tahanan yang sedang menunggu di dalam van di Sulawesi, lapor laman berita Tribun Jabar hari ini.

Perbuatan tersebut dirakam menerusi video yang kemudian dimuat naik di aplikasi TikTok menerusi akaun@satresnrkoba_konsel.

Ketika anggota polis tersebut tiba di van, wajah kesemua tahanan kelihatan ceria sebelum dia menyerahkan makanan dan minuman kepada mereka.

Setelah selesai memberikan barangan itu, seorang tahanan cuba membantu anggota polis berkenaan dengan menutup kembali pintu van sehingga ia dikunci.

Dalam keterangan video tersebut, polis berkenaan dikatakan memenuhi permintaan tahanan yang mahu menikmati makanan dan minuman sebelum dihantar ke penjara.

“Permintaan tahanan sebelum masuk ke penjara. Singgah dahulu cari yang segar-segar (minuman) di pasar mini,” tulis keterangan video tersebut.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES