PM Usaha Cari Solusi Terbaik Untuk Palestin Bersama Pemimpin Dunia Islam Lain

0
45
Foto: Harian Metro

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia untuk terus bersama dalam perjuangan rakyat Palestin.

Beliau berkata, perkara itu dikongsi dengan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Global Peace Mission (GPM) dalam satu pertemuan di Parlimen hari ini.

“Saya turut berkongsi usaha kerajaan dalam mengadakan perbincangan dengan pemimpin dunia Islam bagi mencari solusi terbaik untuk meredakan ketegangan di Palestin sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dibawa masuk,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, wakil NGO terbabit turut menyatakan hasrat untuk mengadakan Himpunan Mega Sejuta Ummah Pembela Palestin bagi mengumpul dana dan mengangkat suara rakyat negara tersebut yang ditindas Zionis tanpa henti di Gaza.

Pertempuran terkini di Palestin yang membabitkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan dana RM1 juta serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) kendalian Kementerian Luar susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here