PLKN Dihidupkan Semula, Mulakan Nafas Baru Di Kem Tentera

0
61
Foto: Majoriti

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan kerangka yang baharu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya tidak mahu mengikut kerangka yang lama kerana PLKN sewaktu itu dilihat seperti kem musim panas.

“Kerajaan memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada tahun 2021 sudah meluluskan untuk dikaji semula cara baru untuk kita meneruskan PLKN kerana PLKN ini amat baik untuk diberikan asas ketatanegaraan kepada belia kita.

“Dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji bagaimana cara untuk kita hidupkan semula PLKN ini tetapi dengan ‘template’ yang baru,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan adakah kerajaan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan semula PLKN sebagai satu inisiatif di bawah kementerian.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, PLKN yang akan dilaksanakan kali ini akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa lama seperti dahulu.

Katanya, sebanyak 13 kem wataniah seluruh negara akan digunakan dan satu kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) boleh digunakan untuk latihan selama 45 hari yang boleh menampung 4,000 orang untuk setahun.

“Kami boleh melatih lebih kurang 20,000 orang (selama) 45 hari. Tenaga pelatih juga sudah ada tentera dan kosnya amat kurang.

“Kalau dahulu kita berbelanja lebih RM500 juta setahun, tetapi kali ini daripada kertas kerja oleh jawatankuasa ini, kita tidak akan berbelanja lebih RM100 juta. (Ia) penjimatan yang baik,” katanya

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here