Piala Thomas: Zii Jia Sah Sertai Skuad Negara

0
40
Foto: Harian Metro

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain negara untuk tugasan di Chengdu, China.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, selain Zii Jia turut tersenarai pemain di ranking ke-18, Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan perprestij itu.

Terdahulu, pemain profesional negara itu dilaporkan belum pasti menyertai skuad negara manakala Tze Yong pula masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan susulan kecederaan di bahagian belakang dialaminya sebelum ini.

BAM juga menyenaraikan Leong Jun Hao, Cheam Jun Wei dan Justin Hoh dalam perseorangan lelaki manakala gandingan utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai kem beregu yang turut dibarisi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Muhammad Haikal Nazri.

“Bagi Piala Uber, BAM menyenaraikan pemain wanita berpengalaman, Goh Jin Wei dan K Letshanaa.

“Selain itu, bersama dalam pasukan Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Teoh Mei Xing, Goh Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee dan Chan Wen Tse,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky berkata, pemilihan pemain adalah berdasarkan kepada pemantauan rapi dilakukan sepanjang sesi latihan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini dan juga melalui perbincangan menyeluruh bersama barisan kejurulatihan.

Menurut Rexy, beliau yakin kesemua pemain yang terpilih bersemangat untuk bersaing dan sudah pasti akan memberikan yang terbaik dalam kejohanan bermula 27 April hingga 5 Mei ini.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here