Petugas Parti Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Bakal Kena Tindakan

0
34

SUNGAI BAKAP: Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang lelaki dipercayai petugas parti yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan wanita malam tadi.

Menjelaskan beliau belum menerima laporan mengenai insiden itu, Saifuddin memberikan jaminan bahawa pihak polis boleh mengambil tindakan mengikut jalur undang-undang.

“Belum sampai kepada saya berita itu. Ini kali pertama saya dengar kerana mungkin saya sibuk kempen. Tapi kalau laporan sudah dibuat, saya beri jaminan ia sepenuhnya dibawah autoriti pasukan polis.”

“Gunalah peruntukan undang-undang yang ada, dan buatlah siasatan secara profesional mengikut jalur undang-undang dan proses sewajarnya. Itu saya boleh sebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama calon PH, Dr Joohari Ariffin di sini, hari ini.

Insiden gangguan seksual itu berlaku malam tadi, ketika kumpulan wartawan sedang menemu ramah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Program Majlis Kasih bersama pemimpin di Sungai Kechil.

Wartawan yang menyedari tindakan jijik lelaki itu kemudiannya memaklumkan insiden itu kepada petugas media yang lain, sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah SPS, Supritenden Chong Boo Khim dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu, dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here