Petronas Mohon Maaf Staf Berat Sebelah, Beri ‘Mat Salih’ Potong Barisan

0
127
Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR – Pengurusan Menara Berkembar Petronas tampil memohon maaf susulan dakwaan seorang pengunjungnya yang dikatakan menerima layanan berat sebelah ketika berkunjung ke menara itu baru-baru ini.

Pihak Pengurusan Operasi Lawatan Menara Berkembar Petronas dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap perkara berkenaan.

“Pihak Pengurusan Operasi Lawatan Menara Berkembar Petronas ingin memohon maaf di atas insiden yang telah berlaku.

“Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan kadar segera,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, pihak pengurusan itu juga berkata perkara berkenaan tidak akan berulang lagi.

“Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali,” tambahnya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Shamsuddin Nawawi meluahkan rasa tidak puas hati apabila kakitangan menara berkembar berkenaan memberi layanan istimewa dan mendahulukan satu pasangan ‘mat salih’ untuk menaiki Skybridge KLCC walaupun dia telah menunggu lebih awal.

Menurut hantaran itu lagi, kakitangan menara berkenaan juga tidak dapat menjelaskan mengapa mereka berbuat demikian. 

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here