Saturday, June 15, 2024
HomeVIRALPertikaian Laungan 'Allahuakbar' Di ‘Freedom With Palestine’

Pertikaian Laungan ‘Allahuakbar’ Di ‘Freedom With Palestine’

PETALING JAYA – Selebriti tanah air dan pempengaruh terkenal mula bersuara tanda tidak bersetuju dengan tindakan penganjur Perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ yang dilihat seakan-akan cuba ‘mendiamkan’ suara peserta yang bersolidariti bersama Palestin.

Menurut pelakon dan pengacara terkenal, Qi Razali menyuarakan pandangannya supaya jangan meminta umat Islam untuk ‘menjaga hati’ orang bukan Islam sedangkan kita hidup dalam negara berbilang kaum.

“Di Malaysia, kita dengan azan lima kali sehari. Saya tidak rasa laungan Allahuakbar akan mengguris hati sesiapa, lebih-lebih lagi apabila mangsanya adalah orang Islam juga.

“Saya tahu orang Malaysia lebih baik daripada apa yang diperkatakan,” katanya melalui sebuah hantaran di laman Twitter, hari ini.

Berdasarkan Kosmo, pempengaruh terkenal, Ceddy Ang di laman Twiternya, @CeddyOrNot pula berkata, peserta perhimpunan tersebut mempunyai hak untuk bersuara lebih-lebih lagi apabila sedang berhimpun untuk menunjukkan solidariti bersama Palestin.

“Nak jaga hati siapa? Terang-terangan, (peserta) berada di situ untuk menyokong Palestin.

“Laungan Allahuakbar tidak patut menjadi isu. Mungkin para penganjur ingin hormat peserta daripada kaum dan agama yang berbeza.

“Tetapi apabila Nurul Izzah menjerit Allahuakbar, saya okay sahaja. Orang bukan Islam tidak dipaksa untuk ikut serta,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan peserta Perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ berasa kecewa setelah penganjur melarang pesertanya daripada melaungkan Allahuakbar.

Berdasarkan Kosmo, perhimpunan di Dataran Merdeka yang disertai hampir 5,000 peserta daripada pelbagai latar belakang itu mendapat kritikan orang ramai selepas penganjurnya bertindak merampas sepanduk yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai syaitan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES