Thursday, January 8, 2026
HomePERNIAGAANKaotim Medikad Tawar Kad Perubatan Mampu Milik Serendah RM38 Sebulan

Kaotim Medikad Tawar Kad Perubatan Mampu Milik Serendah RM38 Sebulan

Dalam situasi kos perubatan yang semakin meningkat, keperluan terhadap perlindungan perubatan yang mudah diakses dan berpatutan menjadi semakin penting. Menyedari keperluan ini, Kaotim memperkenalkan Kempen Kaotim MediKad, sebuah inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan perlindungan perubatan yang komprehensif, mampu milik, dan berorientasikan digital.

Kempen ini menyasarkan rakyat Malaysia yang mencari penyelesaian perlindungan perubatan berpatutan tanpa proses yang rumit, sekali gus menyokong aspirasi pendigitalan dalam industri insurans dan takaful negara.

Apakah Itu Kaotim MediKad?

Kaotim MediKad merupakan pelan takaful perubatan berasaskan digital yang ditawarkan dengan caruman serendah RM38 sebulan. Pelan ini menyediakan perlindungan perubatan komprehensif dengan akses kepada hospital panel, tertakluk kepada manfaat pelan yang di pilih oleh pelanggan.

Bagi mereka yang memerlukan perlindungan lebih tinggi, Kaotim MediKad turut menawarkan pilihan rider MediBooster dengan had perlindungan tahunan sehingga RM1.1 juta. Proses langganan, pendaftaran dan pengurusan sijil dilakukan sepenuhnya melalui platform digital Kaotim. Pelanggan yang memilih untuk membuat bayaran secara tahunan juga layak menikmati diskaun 10%.

Manfaat Eksklusif Sepanjang Tempoh Kempen

Sepanjang tempoh Kempen Kaotim MediKad, pelanggan yang layak boleh menikmati beberapa manfaat istimewa. Antaranya ialah perlindungan segera melalui pengecualian tempoh menunggu biasa, iaitu 120 hari untuk penyakit tertentu, dan 30 hari untuk penyakit-penyakit lain, tertakluk kepada terma dan syarat kempen serta kelulusan pengunderaitan.

Selain itu, pelanggan yang layak akan menerima rebat caruman 1 bulan selepas sijil mereka kekal aktif selama 3 bulan daripada tarikh pengeluaran sijil. Rebat ini akan ditolak secara automatik daripada caruman seterusnya dan tidak boleh dipindah milik atau ditebus dalam bentuk wang tunai.

Proses pendaftaran turut dipermudahkan dengan kelulusan segera tanpa pemeriksaan perubatan, membolehkan pelanggan mendapatkan perlindungan dengan lebih cepat. Dalam usaha menggalakkan perkongsian, pelanggan juga akan menerima pautan rujukan dan berpeluang memperoleh PIN Tambah Nilai Touch ’n Go eWallet bernilai RM40 bagi setiap sijil yang berjaya dikeluarkan melalui pautan tersebut, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tempoh Kempen dan Syarat Kelayakan

Kempen Kaotim MediKad berlangsung sehingga 14 Februari 2026. Ia terbuka kepada pelanggan yang melanggan sijil Kaotim MediKad baharu dalam tempoh kempen dan mempunyai sijil takaful perubatan individu atau polisi insurans perubatan sedia ada yang telah aktif lebih daripada 4 bulan.

Permohonan juga perlu diluluskan di bawah kategori pengunderaitan kes Standard tanpa pengecualian, bagi memastikan proses pengunderaitan yang adil dan bertanggungjawab serta kelayakan pelanggan untuk menerima manfaat penuh kempen.

Menyokong Strategi Pendigitalan Takaful

Kaotim MediKad selari dengan strategi pendigitalan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) melalui penyediaan proses pendaftaran yang sepenuhnya digital. Pendekatan ini membolehkan akses kepada perlindungan perubatan yang lebih cekap, telus dan mudah, tanpa keperluan proses manual atau tradisional.

Saluran Permohonan Mudah dan Mesra Pengguna

Pelanggan boleh melanggan Kaotim MediKad melalui 2 saluran utama, iaitu secara dalam talian melalui laman web rasmi Kaotim Medikad di medikad.kaotim.my, atau mengunjungi cawangan Takaful Malaysia.

Relevan untuk Keperluan Rakyat Malaysia

Dalam landskap kos perubatan yang semakin mencabar, Kaotim MediKad menawarkan titik permulaan yang praktikal untuk rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan perubatan pada kos mampu milik. Kaotim MediKad direka khas untuk pengguna berorientasikan digital yang menghargai kesederhanaan, ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan perlindungan perubatan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Indonesia Berpotensi Jadi Negara Terkaya Dunia – Presiden Prabowo

0
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto menyatakan bahawa beberapa pakar geopolitik global sependapat bahawa Indonesia berpotensi muncul sebagai antara empat negara terkaya di dunia, lapor...

CATEGORIES