HANOI, Vietnam – Ketua penganjur pertandingan Ratu Cantik Miss Universe Vietnam 2023, Nguyan Thi Thuy Nga berkata, pihaknya akan mengenal pasti sama ada pemenang acara itu, Bui Quynh Hoa menggunakan gas ketawa atau nitrus oksida, lapor portal berita VNEXPRESS kelmarin.
Sebelum ini, satu rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan sekumpulan individu termasuk Hoa, 25, bergurau senda dan menyedut nitrus oksida pada Rabu lalu, manakala netizen menyuarakan rasal kesal sekiranya wanita terbabit ialah Miss Universe.
Menjawab isu itu, Nga memberitahu akhbar: “Kami sedang mengesahkan dakwaan itu dengan Hoa.”
Tambah penganjur, pihaknya akan menghukum ratu cantik tersebut jika dakwaan itu benar.
Menurut Kosmo, Hoa adalah seorang model dan ahli perniagaan serta pernah memenangi gelaran Supermodel Antarabangsa 2022 sebelum dinobatkan Miss Universe 2023 pada 29 September lalu di Bandar Raya Ho Chi Minh.
Sumber: Kosmo