Perkhidmatan Maybank2u, MAE Tergendala Pada 14 Januari Nanti

0
70
Foto: New Straits Times

PETALING JAYA – Beberapa perkhidmatan perbankan oleh Maybank akan tergendala pada hari Ahad, 14 Januari berikutan terdapat penyelenggaraan sistem berjadual akan dilakukan pada hari berkenaan.

Maybank menerusi satu kenyataan berkata, perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web dan aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses buat sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.

“Justeru, pengguna dinasihatkan melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku.

“Pihak Maybank memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, pengguna boleh terus menghubungi Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia).

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here