Monday, December 2, 2024
HomeBERITAPenuntut Tahun Tiga UPNM Tidak Mengaku Pijak Junior Guna But 'Spike'

Penuntut Tahun Tiga UPNM Tidak Mengaku Pijak Junior Guna But ‘Spike’

KUALA LUMPUR – Penuntut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan memijak pelatih tahun satu, menggunakan kasut but ‘spike’, bulan lalu.

Mohd Adil Awang Ghani, 22, yang memakai baju kemeja putih, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Haziq Iqbal Ahmad Rashidi, 19, iaitu memijak perut mangsa dengan memakai kasut but ‘spike’.

Kesalahan didakwa dilakukan padang kawad, Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, Kem Sungai Besi, di sini pada jam 10.45 malam, 21 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

“Ia termasuk syarat tambahan tidak menggangu saksi pendakwaan yang terdiri daripada mangsa, pegawai UPNM dan rakan pelatih kadet tertuduh sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Diyana Basher merayu kadar itu dikurangkan dengan alasan dia baru sahaja tamat pengajian di universiti terbabit dan kini masih di peringkat menjalani latihan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Noorelynna membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan mematuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fattah Amin Doakan Mangsa Banjir Di Tanah Suci

0
PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air. Fattah atau nama sebenarnya...

CATEGORIES