Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAPenunggang Motosikal Maut, Tayar Ganti Toyota Hilux ‘Terbang’

Penunggang Motosikal Maut, Tayar Ganti Toyota Hilux ‘Terbang’

REMBAU – Seorang mekanik maut selepas terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 232.1 Lebuh Raya Utara- Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Pedas tengah malam tadi.

Nahas jam 12.20 tengah malam yang membabitkan lima kenderaan juga menyebabkan empat lagi mangsa cedera

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, mangsa seorang mekanik, Muhammad Taqiyyuddin Zulkifli, 35, beralamat di Bandar Sungai Buaya Rawang, Selangor, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut nahas membabitkan lima buah kenderaan iaitu sebuah bas jenis Scania, sebuah lori jenis Hino membawa muatan habuk kayu mampat, Toyota Hilux, kereta mewah BMW dan motosikal Honda CBR.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika bas dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Sungai Besi, Kuala Lumpur. Apabila sampai di lokasi, bas telah melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri.

“Perlanggaran berkenaan telah menyebabkan kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan kemudiannya Toyota Hilux dan kereta BMW yang berada di belakang laluan yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang lori.

“Selepas perlanggaran tersebut, tayar ganti Toyota Hilux telah tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh motosikal yang sedang bergerak di lorong kecemasan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

“Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Rembau dan pemandu bas dihantar ke Hospital Alor Gajah Melaka untuk

“Mayat penunggang motosikal telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau dan bedah siasat akan dilakukan pukul 9.30 pagi ini,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian ialah bas melanggar bahagian belakang lori dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

EPL: Marmoush Mula Tunjuk Impak Hebat

0
MANCHESTER – Kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad malam kelmarin menyaksikan Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga...

CATEGORIES