Penumpang Rapid KL Mengamuk, Tidak Puas Hati Pintu Bas Lambat Buka

0
41
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan seorang penumpang bas Rapid KL berang dengan memarahi pemandu kenderaan awam tersebut gara-gara pintu bas lambat dibuka.

Menerusi perkongsian di X @MALAYSIAVIRALLL, penumpang wanita itu dipercayai tidak berpuas hati terhadap pemandu bas berkenaan kerana perlu menunggu lama ditepi bas selain mengugut untuk melaporkan perkara tersebut ke pihak atasan.

Melihat kepada rakaman tular itu, kedua-dua penumpang dan pemandu bas berkenaan telah merakam insiden kekecohan terbabit menggunakan peranti masing-masing sebagai bukti.

“Kau ingat kau (pemandu bas) seorang sahaja boleh rakam, aku ralam tadi waktu kau berhenti lama-lama kat tepi jalan. Aku rakam,” kata penumpang wanita itu.

Membalas kepada ‘serangan’ penumpang tersebut, pemandu bas berkenaan cuba menenangkan wanita terbabit dengan nada yang lebih lembut selain menganggap itu adalah pengalaman kali pertama dia menaiki Rapid KL sebagai bas perantara transit aliran masa (MRT)

“Adik tak biasa lagi naik bas ini” balas pemandu tersebut.

“Apa tak biasa? Tadi saya scan (imbas) untuk naik. Hanya sebab saya guna pengangkutan awam, korang (kalian) biar tepi-tepi jalan macam ini? nak rendahkan pengangkutan awam ke?

“Kenapa tak boleh masuk bas MRT? Ini bukan kali pertama saya naik bas MRT la, mana ada bas berhenti waktu kosong macam itu.

“Bagi saya nombor khidmat pelanggan, saya nak hubungi boss awak dan tanya,” tegas penumpang terbabit.

Pada masa sama, pemandu bas itu cuba menerangkan kepada penumpang terbabit sebab dia tidak membuka pintu bas dengan lebih awal.

“Bas ni ada sebenarnya nak masuk MRT (stesen) ada masa. Dia ada masa berlepas dan masa nak masuk MRT,” jelasnya.

Sehubungan itu, pelbagai reaksi diberikan netizen dan rata-ratanya mengecam kelakuan penumpang terbabit termasuklah tindakannya meninggikan suara kepada pemandu bas tersebut.

“10 tahun saya naik bas Rapid KL pun sama kak. Dia tak akan buka selagi tak waktu dia (bas) bergerak. Dia bukak, gerak lepas itu penuh baru dia gerak. ‘Over’ (berlebih-lebih) kakak ini,” ciap @situsanasini777.

“Kak, bas itu ada jadual dia nak masuk ke stesen MRT, kalau dia sampai awal atau belum sampai masa lagi, walaupun dah ada dekat hentian, pintu bas tak boleh buka untuk awak (penumpang),” komen @sunshine.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here