Penternak Rugi RM40,000, 16 Ekor Lembu Mati Kena Racun

0
69
Foto: Kosmo Digital

SETIU, 20 November- Luluh hari seorang penternak apabila 16 ekor lembu peliharaannya mati, disyaki diracun dalam kejadian di Kampung Seri Kenangan, Permaisuri kira-kira pukul 5 petang, pada Sabtu.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM40,000.

Muhammad Saad, 62, berkata kejadian itu disedari seorang penduduk kampung yang kebetulan dalam perjalanan ke kebunnya yang terletak bersebelahan lokasi kejadian

Menurut beliau, selepas diperiksa didapati 15 ekor lembu peliharaannya bergelimpangan dengan mulut berbuih dan darah keluar melalui hidung, mulut serta dubur.

Beliau mengesyaki ternakannya diracun kerana kesemua lembu itu dilihat mati dalam keadaan yang sama, selain penemuan tiga tong berisi air yang dipercayai telah dicampur racun serta bahan lain di kawasan berhampiran.

Jelasnya, ia adalah kejadian pertama yang berlaku tambahan pula sejak 30 tahun lalu, tidak pernah ada penduduk kampung yang merungut mengenai lembu yang mengacau tanaman atau sebagainya.

Muhammad berkata beliau telah membuat laporan polis dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak veterinar untuk bantuan di samping tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here