Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAPenjenayah Guna Laluan Tikus Buang Jasad Zayn Rayyan

Penjenayah Guna Laluan Tikus Buang Jasad Zayn Rayyan

KLANG – Polis tidak menolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, yang mati dibunuh dengan kesan jerut di leher telah dibuang oleh suspek ketika hujan lebat pada petang 6 Disember lalu.

Menurut Kosmo, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga percaya penjenayah mungkin menggunakan laluan tikus yang terdapat di lokasi tersebut untuk sampai ke kawasan saliran air di mana mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira pukul 10 malam, hari yang sama.

“Pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian tetapi tidak jumpa. Jadi, kita jumpa malam dan percaya pada petang tersebut telah dibuang oleh penjenayah sewaktu hujan lebat.

“Kita tidak jumpa barang (termasuk guni bagi membawa mayat) yang boleh menjurus kepada penjenayah. Kita masih berusaha mencari.

“Di situ pun banyak laluan tikus dan boleh parkir (di sekitar atau luar apartmen itu),” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Alam Shah di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan setakat ini menjurus kepada seorang individu yang terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak berkenaan.

“Tiada buli, cuma ada kece­deraan. Itu sahaja dan ada kesan jerut. Kita percaya ada sekurang-kurangnya seorang individu (terlibat). Kita sudah te­ngok semua sudut, database polis, mass screening dan berharap akan menemui petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah.

“Kita pun tidak mahu be­kerja bawah spekulasi yang boleh memesongkan fokus kita. Beri ruang polis bekerja dengan fakta,” katanya.

Hussien berkata, pihaknya sudah menerima sejumah rakaman video papan pemuka (dashcam) daripada pemilik kenderaan yang diletakkan di kediaman
Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini bagi membantu siasatan.

Setakat ini katanya, polis sedang menjalankan semakan terhadap dashcam tersebut bagi memperoleh petunjuk baru berhubung kes tersebut.

“Ada sudah dashcam yang diberikan tetapi kita sedang review sebab dashcam inikan lama dan panjang.

“Berapa banyak dashcam diperoleh saya belum dapat jumlahnya lagi, tetapi kita sudah terimalah,” tambahnya.

Hussein memaklumkan, pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah stor di Apartmen Idaman ber­kenaan adalah bagi mencari pada­nan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berhubung kes kanak-kanak berkenaan.

“Kita hendak melihat atau menyiasat siapa yang berlegar di situ. Stor itu untuk penyimpanan barangan lusuh dan kitar semula. Jadi, adakah kemungkinan penjenayah ada di situ dan kita melihat cap jari dan DNA di situ (stor).

“Siasatan masih terbuka dan kita melihat dalam pelbagai sudut sama ada dalam atau luar kawasan. Kita tidak mahu terlepas mana-mana sudut,” jelasnya.

Terdahulu, mayat Zayn Ray­yan yang dilaporkan hilang pada Selasa lalu ditemui dalam kea­daan terbaring berdekatan anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini.

Berdasarkan laporan Kosmo, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada leher dan badan mangsa sete­rusnya membuatkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES