JOHOR BAHRU, 23 November – Kerajaan Johor hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada 13,400 kakitangan awam negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, turut menerima, kakitangan kerajaan persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.
“Pemberian itu diberikan berdasarkan pencapaian sebenar dan sebagai penghargaan serta terima kasih.
“Semoga bantuan ini menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi agar penjawat-penjawat awam terus berkhidmat dan berbakti dengan cemerlang serta sentiasa memberikan yang terbaik kepada Bangsa Johor,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan belanjawan Johor 2024, pada Mesyuarat keempat Penggal Persidangan Kedua Dun Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri Johor Bahru hari ini.
Tahun lalu, kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan berbentuk sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam dan penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji di negeri tersebut.