Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Aidilfitri

0
127
Foto: Harian Metro

Johor Bahru: Kerajaan negeri bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 kepada penjawat awam di Johor.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan itu akan memanfaatkan seramai 17,704 orang, yang akan dibayar sebelum Aidilfitri.

“Kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk Menimbal Guna Bayaran Insentif Awal (BIA) Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Tahun 2024 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk diguna pakai di semua jabatan negeri, PBT dan Badan Berkanun Negeri.

“BIA Kajian SSPA Tahun 2024 sebanyak RM2,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana, Gred 56 dan ke bawah, manakala RM1,000 akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Gred Jawatan Utama/Khas.

“Timbal guna BIA ini juga akan memanfaatkan seramai 17,704 kakitangan awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berharap pemberian itu akan menjadi pemangkin kepada perkhidmatan lebih cemerlang dalam memacu Johor ke tahap lebih baik, juga untuk semua kakitangan berkhidmat penuh amanah, dedikasi dan berintegriti.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here