Penjaga Zoo Nyaris Dibaham Buaya Gergasi

0
144
Foto: Kosmo

PRETORIA  –  Seorang pengendali reptilia berpengalaman diserang oleh seekor buaya gergasi  ketika mengadakan persembahan di hadapan berpuluh -puluh pengunjung di taman tema Crocodile Creek, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Ketika kejadian baru-baru ini, dia mencucuk binatang buas itu menggunakan sebatang kayu, namun, provokasi tersebut membuatkan buaya itu mendongak, berpaling  dan  menggigit.

Lelaki itu panik kerana buaya itu tidak mahu melepaskan gigitannya. Buaya Sungai Nil itu merupakan reptilia terbesar dan memiliki gigitan paling kuat di dunia selain diketahui memakan manusia.

Setelah mengepit rahang  di bawah pinggangnya, buaya itu menghumbankan mangsa ke lantai. Seekor buaya kedua yang lebih kecil bergegas menyertai serangan itu.

Pelancong yang menonton pertunjukkan itu mula menjerit, namun buaya itu akhirnya melepaskan gigitannya. Penjaga itu pantas berlari untuk menyelamatkan dirinya.

Darah mangsa  yang banyak mengalir dapat dilihat di lantai kandang zoo tersebut di Ballito, utara Durban, Afrika Selatan. Penjaga zoo kemudian  dikejarkan ke Hospital Victoria untuk mendapatkan rawatan.

Seorang pakar buaya yang melihat rakaman itu, berkata: “Buaya ini hanya memberi amaran kepadanya. Sekiranya ia ingin membunuh lelaki itu,  percayalah! Amat mudah baginya.”

Buaya Nil boleh membesar hingga 7.62  meter dan mencapai kelajuan lebih 32 kilometer sejam di dalam air dan daratan.  Beratnya pula boleh mencecah 900 kilogram. Buaya Nil bertanggungjawab membunuh beribu-ribu manusia dalam setahun. – AGENSI

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here