Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAPeningkatan Kes Covid-19, Pelajar Sekolah Di Melaka Disarankan Memakai Pelitup Muka

Peningkatan Kes Covid-19, Pelajar Sekolah Di Melaka Disarankan Memakai Pelitup Muka

MELAKA – Murid di negeri ini digalakkan untuk memakai pelitup muka sepanjang keberadaan di sekolah susulan kes Covid-19 yang mencatatkan peningkatan 534 kes kes baharu sehingga 2 Disember lalu.

Jumlah itu direkodkan pada minggu Epidemiologi 48 (ME48) berbanding minggu sebelumnya iaitu 268 kes.

Menurut Kosmo, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, galakkan itu adalah selaras dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil. 2 Tahun 2023.

“Murid yang bergejala dikehendaki menjalani ujian kendiri dan seandainya keputusan menunjukkan negatif, mereka digalakkan memakai pelitup muka.

“Untuk perkara ini masih lagi seperti siaran sedia ada. Tiada lagi arahan kena (wajib) pakai pelitup muka, cuma digalakkan pakai,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, keseluruhan kes positif Covid-19 di negeri ini adalah 152,975 kes, manakala kes sembuh direkodkan sebanyak 151,299 kes.

Katanya, kira-kira 458 kes aktif sedang menerima rawatan dan satu kluster aktif dilaporkan iaitu Kluster Paya Rumput Jaya.

“Ia merupakan kluster pendidikan dan dijangka tamat pada 25 Disember depan,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

50 Pelajar SMK Batu Kikir Diserang Histeria, 165 Penghuni Asrama Diberi...

0
JEMPOL - "Anak saya lihat ada makhluk menyerupai rakan datang dan memanggil mereka ke padang sebelum diserang histeria," kata ibu kepada dua pelajar Sekolah...

CATEGORIES