Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAPeniaga Lama, Warga Asing 'Monopoli' Taman Tasik Titiwangsa

Peniaga Lama, Warga Asing ‘Monopoli’ Taman Tasik Titiwangsa

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendedahkan terdapat peniaga-peniaga lama dan warga asing yang ‘memonopoli’ kawasan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.

Menurut Kosmo, beberapa hantaran di aplikasi X, lelaki itu berkata, lebih parah lagi peniaga yang dikatakan sudah lama berniaga di situ juga tidak teragak-agak menghalau peniaga-peniaga baru yang mahu berniaga di kawasan berkenaan.

“Aku datang sebagai peniaga baru dan berniaga di kawasan Titiwangsa depan kedai makan. Aku lihat keadaan sekeliling bukan aku hentam saja nak meniaga.

“Dalam seminggu itu jugalah aku ditegur oleh peniaga samseng yang berbeza tetapi mereka ini satu kumpulan. Bukan tegur sahaja, aku nampak kumpulan ‘orang lama’ ini halau peniaga-peniaga baru. Mereka kata mereka dah berpuluh tahun berniaga di situ,” katanya.

Katanya lagi, apabila ditanya adakah mereka mempunyai lesen untuk berniaga di situ, rata-rata peniaga berkenaan menegaskan mereka mempunyai kumpulan WhatsApp.

“Bila aku tanya ada lesen ke? Tak ada kami ada ‘group’ WhatsApp. Jadi, group WhatsApp itu boleh jadi lesen berniaga ke?

“Aku pernah ditegur dua kali oleh seorang peniaga warga asing, kali kedua dia naik suara. Aku tanya dia ada beli ‘parking’ di situ untuk berniaga? Dia jawab sebelum tanah diteroka lagi dia sudah sampai,” katanya.

Lelaki berkenaan turut mendedahkan sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi respon yang diterima ibarat acuh tidak acuh.

Melalui tinjauan Kosmo, di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut menggesa agar pihak berkuasa lebih tegas dan menyediakan kawasan yang bersesuaian untuk peniaga.

“Itulah, pendatang haram boleh buat Malaysia macam negara dia. Cuba di negara dia, semua warga asing kena,” kata Demi Negara.

“Harap Menteri pantau perkara ini, malu jika kementerian tidak bawa perubahan apa-apa,” kata Tuan Muda.

“Aku lalu situ banyak betul peniaga tepi jalan. Sampai nak parking susah, dah tu kena parking jauh nak pergi riadah. Harap pihak berkuasa ambil tindakan,” kata Hrs.

“Harap pihak berkuas hadkan basikal di situ, ambil banyak parking pengunjung. Peniaga letak kereta buruk untuk letak barang niaga dan cop tapak pun banyak. Sakit mata tengok,” keluh Moonpie.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES