Peniaga Bazar ‘Berlawan’ Harga Kuih Raya Di Akhir Ramadan

0
218
Foto: Free Malaysia Today

JOHOR BAHRU – Penjualan kuih raya semakin rancak menjelang 10 hari sebelum umat Islam me­nyambut Aidilfitri yang dijangka pada Rabu minggu hadapan.

Para peniaga mula memasang strategi untuk melariskan jualan mereka sebelum menyambut raya nanti.

Tinjauan di Bazar Aidilfitri di Angsana Mall di sini lebih 50 peniaga kuih raya sudah mula merasa bahang untuk memikat hati orang ramai yang berkunjung di sini.

Seorang peniaga Eka Edy Sorya Abdullah, 41, berkata, untuk minggu pertama Ramadan, jualan kuih raya agak perlahan, namun setiap hari ada pembelian yang datang ke gerainya.

Dia yang membuka gerai D’Cookies menjual lebih 50 jenis biskut raya dan kerepek.

“Harga yang ditawarkan tidak naik macam tahun lepas walaupun harga bahan mentah naik.

“Pihak syarikat mengekalkan harga seperti tahun lepas kerana tidak mahu membeban pembeli dengan harga yang tinggi,” katanya.

Jelasnya, pembeli tempatan kurang datang berbanding pe­ngunjung dari Singapura yang setiap hari datang ke Bazar Aidilfitri Angsana Mall.

Nur Shuhada Ghazaley, 25, yang membuka gerai Lekor Chips berkata, pengunjung Singapura paling ramai datang berbanding penduduk tempatan.

“Biasanya pengunjung tempatan akan membanjiri bazar disini seminggu sebelum raya dan beli pada saat akhir.

“Buat masa sekarang jualan agak perlahan tapi masih meriah selepas waktu berbuka puasa” katanya datang dari Tanjung Piai, Pontian.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here