Pengusaha Telur Itik Berdepan Detik Cemas, Tudung Terbelit, Leher Terjerut

0
74

SHAH ALAM – Seorang pengusaha telur itik mengalami detik cemas apabila tudung yang dipakainya terselit ke dalam mesin pembersih telur, menyebabkan lehernya terjerut dan hampir tercekik.

Norizan Ahmed Jaaffar, 55 tahun, menceritakan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang melakukan siaran langsung di TikTok di pusat pemprosesan telur itik miliknya di Sekinchan, Selangor pada 26 Jun yang lalu.

“Biasanya, kerja pembersihan telur dilakukan oleh pekerja saya, tetapi pada hari kejadian mereka sedang rehat. Jadi, saya mengambil alih tugas untuk membuat siaran langsung ini.

Namun, tanpa disangka, tudung yang saya pakai terselip masuk ke dalam mesin pembersih telur, mengakibatkan tudung itu terjerat dan leher saya hampir masuk ke dalam mesin sehingga hampir tercekik,” katanya pada Ahad.

Norizan menjelaskan lebih lanjut bahawa kejadian itu seperti situasi hidup dan mati ketika tudung yang dipakainya menjerat lehernya.

“Semasa kejadian, suami dan pekerja yang mendengar jeritan meminta pertolongan, dengan cepat suami saya mematikan suis mesin,” katanya.

“Syukur Alhamdulillah, saya selamat walaupun mengalami kesakitan pada leher akibat terjerut. Insiden ini betul-betul membuat saya trauma dan ketakutan terhadap mesin tersebut,” katanya.

Norizan turut memberi nasihat kepada orang ramai untuk sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan memberi tumpuan sepenuhnya pada satu pekerjaan pada satu masa.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here