Pengunjung Pantai Queensbay Gempar Jumpa Mayat Bayi Atas Batu

0
176

GEORGE TOWN, 4 Disember- Pengunjung Pantai Queensbay di Bayan Baru digemparkan dengan penemuan satu mayat bayi perempuan yang terdampar di kawasan pesisiran pantai itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan jasad bayi malang itu dalam keadaan bogel dan sempurna pada 5.55 petang.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan yang dijumpai itu disyaki dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di tepi pantai tersebut.

“Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pihak polis atau tampil di balai berdekatan untuk membantu siasatan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here