Pengunjung Kecewa Bayar Beratus Hanya Dapat Tengok Harimau Kurus

0
60
Foto: Kosmo

MELAKA – Pengunjung Zoo Melaka meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa seekor Harimau Putih Bengal dilihat terlalu kurus, malah satu klip video memaparkan keadaan haiwan itu turut tular di media sosial sejak Sabtu lalu.

Klip video berdurasi 0.22 saat itu dikongsikan di platform TikTok oleh pengguna dengan nama Nurul Z yang meminta agar haiwan itu dipulangkan ke habitat asal.

Hantaran itu menerima lebih 500 komen dengan rata-rata mengecam tahap penjagaan terhadap haiwan tersebut dan meminta pihak pengurusan lain termasuk Zoo Negara mengambil tindakan sepatutnya.

Salah seorang pengguna yang meninggalkan komen memberitahu, dia turut membawa keluarganya ke zoo berkenaan dan telah membelanjakan kira-kira RM400 bagi pembelian tiket, namun pulang dengan perasaan sedih apabila melihat keadaan haiwan itu.

“Makin teruk dah dia, saya habis RM400 lebih bawa family masuk tapi malangnya sangat menyedihkan hati anak-anak bila tengok keadaan binatang-binatang kat situ kesepian,” tulisnya.

“Zoo Melaka binatang nya memang nampak tak cukup zat, tiket kemain mahal,”tulis pengguna D.Lin Aamina.

“Aku harap korang panjangkan isu ni terus kepada Zoo Negara, sebab mereka berhak dapatkan haiwan-haiwan terbiar dari mana-mana zoo negeri,”

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here