Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAPenggunaan TikTok Adalah Dilarang Di Nepal

Penggunaan TikTok Adalah Dilarang Di Nepal

Ankara: Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.

Menurut Harian Metro, keputusan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Isnin itu dijangka dilaksanakan sebaik sahaja persiapan teknikal selesai, lapor Agensi Anadolu, memetik akhbar harian Kathmandu Post.

Minggu lalu, Nepal mewajibkan syarikat media sosial lain termasuk Facebook, X dan YouTube supaya membuka pejabat di negara itu dalam tempoh tiga bulan.

Pihak berkuasa juga mengarahkan semua platform media sosial mendaftar dengan Kementerian Penerangan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Menurut laporan itu, kerajaan memberi amaran bahawa mereka boleh menutup platform yang tidak didaftarkan di Nepal, lapor Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES