Pengerusi MARA Mahu UPSR Dikembalikan Semula, Mudahkan Guru Dan Murid

0
61
Foto: Utusan Malaysia

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membayangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) wajar diadakan semula.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook berkata, salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) rendah disebabkan tiada UPSR.

“Tanpa sistem penilaian berpusat seperti UPSR sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar,” katanya hari ini.

Kerajaan pada tahun 2021 memansuhkan sepenuhnya UPSR selepas peperiksaan itu dibatalkan pada tahun 2020 akibat Covid-19.

Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dipetik berkata, keputusan itu dibuat hasil libat urus dengan pelbagai pihak.

Guru didakwa terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada subjek UPSR sehingga mengekang kreativiti guru dalam pengajaran.

Susulan pemansuhan UPSR, pentaksiran berasaskan sekolah diperkasakan bagi murid yang berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here