Pengawal Keselamatan Tidak Sengaja Lepaskan Tembakan Di Bank

0
86

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Polis mengesahkan kejadian seorang seorang pengawal keselamatan yang tidak sengaja melepaskan satu das tembakan ke arah lantai semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah bank di Jalan PJU 5/14, Kota Damansara, Petaling Jaya menyebabkan cermin di bahagian pintu masuk di situ pecah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Beliau berkata polis menerima pemakluman kes itu pada 10.13 pagi tadi daripada orang awam yang mendengar bunyi tembakan dibank tersebut sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditugaskan ke lokasi.

“Hasil siasatan mendapati pengawal keselamatan berumur 50-an itu menggunakan senjata jenis pump gun telah melepaskan satu das tembakan ke arah lantai sehingga menyebabkan cermin di bahagian pintu masuk telah pecah.

“Tiada sebarang cubaan samun dan pengawal keselamatan itu juga negatif dadah,”katanya dalam satu kenyataan.

Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

M. Hussin Sollehuddin meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here