Pengawal Keselamatan Tidak Datang Kerja 2 Hari, Meninggal Dunia Di Rumah Sewa

0
104
Foto: Harian Metro

Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan yang tidak hadir bekerja selama dua hari ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Jalan Tuaran, berhampiran sebuah pasar raya di Likas, pagi tadi.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditemukan jam 9 pagi selepas majikannya datang ke rumah sewa berkenaan untuk mencarinya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan berkaitan kejadian.

“Majikan mangsa memaklumkan, mangsa sudah dua hari tidak hadir bertugas di sebuah kolej berhampiran.

“Majikan yang risaukan keadaannya pergi memeriksa tempat tinggal mangsa sebelum terhidu bau busuk daripada dalam bilik,” katanya dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, majikan dan pemilik bilik sewa kemudiannya memecahkan pintu sebelum menemukan jasad mangsa.

“Keterangan daripada penghuni bilik lain mendapati, ada yang terhidu bau busuk namun menyangka ia disebabkan sampah,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here